Realiti Pemuda : Antara Khalifah Dan Robot

 >By: Shazwan al-Muhandith< From: http://dakwah.info/
:165. Dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
2:30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada M

alaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.

Allah lah yang telah meninggikan darjat manusia yang hina dan lemah ini dengan mengangkat statusnya sebagai khalifah di muka bumi ini, dan sebagai khalifah, Allah telah mengurniakan perlbagai nikmat dan rezeki kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas kekhalifahan itu dengan sempurna dan baik. Dan ingatlah bahawa sesungguhnya segala kurniaan dan rezeki itu tidak lain hanyalah sebagai ujian kepada manusia.

Tugas Khalifah

Jelas dan nyata melalui surah Al-an’am ayat 165 dan surah Al-Baqarah ayat 30, Allah telah melantik manusia sebagai wakilnya dimuka bumi ini. Sebagai wakil Allah, manusia secara automatik telah dikurniakan kelebihan darjat berbanding makhluk-makhluk lain di seluruh alam semesta ini. Namun perlu diingat bahwa setiap tugasan dan pangkat datang dengan satu tanggungjawab, dan tanggungjawab manusia adalah tanggungjawab yang sangat besar sehingga gunung Everest sekalipun runtuh jika memikulnya. Tanggungjawab ini bukanlah sekadar mengepalai sebuah bilik darjah, atau sebuah pusat pengajian dan bukan juga sebuah negara, namun tugas ini menghendaki manusia menjadi wakil bagi Allah diseluruh alam semesta dan mentadbir segala apa yang diciptakan Allah dalam ruang lingkup dan batas syari’at yang ditetapkan.

Jadi apakah tanggungjawab khalifah itu ? Sering dikecilkan tanggungjawab khalifah itu sebagai menguruskan alam ini, mentadbir dunia, dan mengelakkan kerosakan dari berlaku dimuka bumi ini atau menyelia sumber-sumber asli di muka bumi ini dengan baik. Namun apakah tepat dan akurat segala penaksiran tersebut ? dihuraikan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazzali bahawa tanggungjawab khalifah itu menghendakkan manusia untuk melibatkan diri dalam dua perkara iaitulah “Iqamatuddin wa siasatuddunia” atau maksudnya mendirikan agama dan mengurus dunia.

Jadi setiap manusia yang memahami hakikat tugas khalifah ini perlu sedar bahawa tanggungjawab mendirikan agama itu jatuh ke atas setiap dari mereka yang juga bermakna bahawa da’wah itu adalah tanggungjawab setiap dari kita. Juga boleh ditafsirkan tugas khalifah itu dengan pentadbiran dunia itu perlulah dilakukan oleh umat Islam yang beriman kepada Allah semata. Ternyata umat Islam gagal dalam meletakkan diri mereka sebagai satu kuasa pusat yang mengurus tadbir seluruh alam ini lantas membiarkan ianya didokong oleh kuasa barat dan kafir laknatullah yang ternyata menguruskan alam semesta ini dengan bertuhankan hawa nafsu mereka. Persoalannya bagaimanakah kita boleh kembali mengambil semula jawatan ini dari mereka, tidak lain ianya memerlukan kita untuk melakukan da’wah secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Jadi “Iqamatuddin wa siasatuddunia” hanya terlaksana apabila seorang manusia itu melakukan tugas dakwah.

Robot

Jika sebuah robot itu diciptakan oleh tuannya, tentulah ianya diciptakan atas satu tujuan dan sebab tertentu untuk memenuhi kehendak tuannya. Robot tidak diciptakan atas sebab yang sia-sia, contoh fungsi ianya diciptakan adalah untuk memasang komponen kereta, membasuh pinggan mangkuk, mencuci lantai rumah dan sebagai penghibur kepada tuannya. Untuk memenuhi tujuan penciptaannya, tuan robot itu perlulah membekalkannya dengan kuasa baik dari batteri ataupun solar bagi membolehkannya berfungsi dan melaksanakan tugasnya. Andai robot itu lari dari tugas ia diciptakan atau tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya, tentulah tuannya akan memberhentikan pembekanlan kuasa kepada robot tersebut kerana membekalkan kuasa pada robot yang tidak mampu berfungsi adalah satu pembaziran.

Kemana Rezeki Digunakan?

Refleks pada diri manusia, mereka diciptakan Allah bukanlah sekadar untuk berhibur atau bersenang lenang, mereka diciptakan dengan tujuan hidup yang jelas dan mampu untuk dilaksanakannya. Namun, tidaklah Allah yang maha adil dan maha mengasihi itu menciptakan manusia dengan terkontang kanting sehingga ianya sukar untuk melaksanakan tugas penciptaannya. Manusia dibekalkan segala rezeki didunia ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan mudah dan sempurna. Namun benarkah rezeki yang dikurniakan itu digunakan untuk aktiviti ibadah mereka dan memnuhi tugas khalifah mereka ?. Inilah yang dimaksudkan dengan rezeki itu sebagai ujian.

Ayuh kita lihat reality pemuda zaman ini, kemanakah mereka menyalurkan rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka dan adakah mereka melaksanakan tugas khalifah mereka. Kemanakah masa-masa mereka digunakan dan ketempat manakah wang-wang mereka dihabiskan. Jika ditanya tentulah mudah jawabnya, untuk kepuasan nafsu mereka dan supaya mereka up-to-date.

Tidak hairan jika wang yang mereka terima digunakan untuk membeli komputer supaya mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam didepan skrin computer mereka untuk bermain Game, menonton movie, chatting, dan melayari laman-laman web hiburan dan sosial. Berapa banyak masa mereka terbazir didepan computer mereka untuk aktiviti yang tidak menjurus kearah tujuan penciptaan mereka. Sedangkan untuk menghadiri ceramah agama selama 30 minit menjadi sesuatu yang mustahil bagi mereka yang mana sering 30 minit itu adalah terlalu sekejap untuk menghabiskan permainan-permainan game mereka dan hanyalah ¼ dari tempoh keseluruhan satu-satu movie.

Juga kita lihat hari ini, membaca komik, manga dan majalah-majalah hiburan merupakan satu supertrend yang melekat dihati pemuda-pemudi zaman ini. Naruto, Eyeshield, Wira Tunggal, Galaxy dan Mangga merupakan naskah-naskah yang sering kelihatan di tangan-tangan pemuda zaman sekarang dan helaian-helaian inilah yang sering menjadi bacaan mereka. Tanpa disedari, mereka mampu menghabiskan satu majalah atau komik atau satu episode manga dalam masa sehari tetapi cukup berat untuk menghabiskan satu mukasurat Al-Quran atau buku-buku agama dalam masa sehari. Tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan pemuda langsung tidak mempunyai naskah Al-Quran mereka sendiri dan jika ada pun dibiarkan berhabuk diatas almari.

Banyak juga wang dihabiskan supaya mereka dapat memliki kenderaan bermotor mereka sendiri baik 4 roda ataupun 2 roda. Ya, supaya mereka mudah dan cepat ke dewan kuliah namun selain dari itu ? supaya mereka mudah ke midvalley dan Time Square, supaya mereka tidak ketinggalah untuk ke pawagam berdekatan mereka untuk menonton wayang gambar terbaru dari Amerika, supaya mudah bertemu pujaan hati intan payung bunga wangi hati mereka a.k.a kekasih mereka, dan agar mereka dapat berjalah-jalan bersama kawan untuk menghiburkan hati mereka. Namun mengapakah masjid-masjid dan surau-surau hari ini kosong ? kuliah-kuliah agama dipenuhi golongan tua yang menunggu saat ajal mereka ? adakah kerana generasi pemuda ini tidak mempunyai satu kenderaan yang memudahkan mereka ke sini ? atau mereka terlalu sibuk dengan urusan belajar sehingga tiada masa untuk ke masjid dan masjlis ilmu ? mengapa begini ?

Tidak sedikit wang dilimpahkan agar mereka dapat memiliki handphone tercanggih, pakaian yang paling trendy dan aksesori-aksesori yang inovatif dan canggih. Namun mengapakah untuk menginfakkan sekadar RM 2 kedalam tabung amal atau tabung masjid menjadi terlalu berat ? mengapa mereka sangat peka dalam memperbaharui handphone mereka, mp3 player mereka dan pakaian mereka namun langsung tidak ambil kisah untuk memperbaharui iman mereka dan menaiktarafkan pengetahuan mereka dalam agama ?
Juga budaya lepak dan hanging-out di kedai mamak atau yang terbaru pacak menjadi satu kebiasaan bagi para pemuda sekarang. Baik sekadar bersua mukan, menonton bola ataupun menghabiskan masa yang tersisa. Sering di sesi seperti ini mereka berbicara hal wanita, bolasepak dan artis-artis. Bercerita mengenai agama, sirah ataupun perkembangan umat Islam tidak pernah keluar dari mulut mereka walau untuk selang masa seketika. Dan terkadang, sesi seperti ini berlanjutan hingga ke pagi namun untuk menghabiskan masa sebegini untuk solat malam adalah terlalu mustahil bagi mereka.

Banyak dikalangan pemuda zaman ini apabila berfikir nescaya keluarlah angan-angan akan siapkah perempuan seterusnya yang akan di”tackle”nya, apakah movie seterusnya yang akan ditontoninya, bagaimanakah untuk mengumpul duit bagi membeli handphone terbaru yang diingininya dan apakah strategi yang perlu dilakukannya untuk memenangi sesuatu game. Ternyata tiada masa untuk mereka berfikir untuk apakah mereka dijadikan, bagaimanakah untuk memperdalamkan pengetahuan Islamnya, dengan cara apakah agama ini boleh bangkit semula dan apakah sumbangan yang boleh diberikannya untuk memajukan umat ini. Hanyut, mereka terlalu hanyut ditelan arus duniawi.

Kitaran bodoh

Masa/hari Isnin Selasa Sabtu Ahad
6am Solat Subuh Tidur Subuh Tidur
7am Qur’an Qada Subuh Tidur Tidur
8am Breakfast Breakfast Tidur Qada Subuh
9am Kelas Kelas Tidur Bertolak ke Midvalley
10am Kelas Kelas Tidur Breakfast bersama Awek
11am Kelas Kelas Tidur Window Shopping
12pm Kelas Kelas Lunch Window Shopping
1 pm Zuhur Zuhur Zuhur Zuhur
2 pm Lunch Lunch Main Game Lunch bersama awek
3 pm Tidur Main Game Main Game Movie
4 pm Tidur Main Game Main Game Movie
5 pm Asar Asar Asar Karaoke
6 pm Main Bola Tidur Main Bola Karaoke
7 pm Maghrib Maghrib Maghrib Maghrib
8 pm Isya’ Dinner Isya’ Lunch bersama awek
9 pm Dinner TV Movie/Anime Lepak-lepak di taman
10pm Study / Revise TV Movie/Anime Lepak-lepak di taman
11pm Tengok Anime / Movie TV Telefon awek Supper bersama awek
12am Tengok Anime / Movie TV Friendster / Facebook Pulang ke rumah
1am Tidur Isya’ Tengok Bola Telefon awek
2am Tidur Tidur Tengok Bola Baca Manga
3am Tidur Tidur Baca Manga / Magazine Tidur
4am Tidur Tidur Tidur Tidur
5am Tidur Tidur Tidur Tidur

Inilah mungkin trend para pemuda hari ini dalam kehidupan mereka, berulang hari demi hari dan akhirnya menjadi satu kitaran kebiasaan mereka. Tidak hairanlah mereka masjid-masjid sering kosong, mengapa mereka langsung tidak tahu perihal nasib umat terkini, tidak ada kesedaran untuk meningkatkan kefahaman agama dan terlalu naïf untuk melaksanakan tugas dakwah mereka.

Jadi inikah cirri-ciri khalifah yang dikehendaki Allah, dengan gaya hidup berginikah mereka akan memiliki kelayakan untuk menjadi ahli syurga Allah? Sesungguhnya syurga Allah itu bukanlah murah dan mudah untuk diperoleh. Ianya memerlukan kita untuk memenuhi segala tanggungjawab yang telah diletakkan di atas pundak kita selama hayat di dunia, dan dengan trend bergini tertunaikah tanggungjawab mereka? Jika analogi robot dan tuannya tadi disamakan dengan hubungan antara Allah dan hambanya, nescaya sudah Allah cabut segala sumber rezeki yang diberikannya kepada manusia. Namun, ketahuilah bahawa Allah itu maha pengasih dan maha penyayang, ianya memberikan manusia penangguhan di kehidupan dunia dan segala balasan bakal diberikan di akhirat kelak.

Rata-rata sikap pemuda yang beginilah yang menyebabkan Islam belum mampu untuk bangkit dan menerajui pemerintahan dunia, “Iqamatuddin” pun tidak dilaksanakan “siasatuddunia” sudah tentulah jauh panggang dari api. Islam hanyalah sebagai nama yang tertera di kad pengenalan mereka dan sebagai ritual sampingan yang boleh dilakukan mengikut hawa nafsu mereka, tidak ada langsung keterikatan mereka dengan Islam dan kesyumulan Islam langsung tidak mereka fahami. Islam hanyalah diambil dari aspek solat, puasa, zakat, dan haji yang terkadang sering mereka lupa atau abaikan.

Jadi Bagaimana ?

Penyelesaian bagi perkara ini memerlukan para pemuda sekarang ditanamkan semula dengan kefahaman Islam yang tinggi di dalam dada mereka. Juga perlu diputuskan dari mereka pengaruh-pengaruh negative dari mereka bawaan dari unsur-unsur jahiliyyah yang menggila.

Sering kita melarang mereka, mengatakan ini haram itu haram sebaliknya tidak memberikan sebarang solusi kepada mereka, kesannya jiwa mereka kosong dan mereka akan kembali kepada tabiat lama mereka semula. Kebelakangan ini, produk-produk Islamik bolehlah dibanggakan, kian banyak novel-novel Islamik yang boleh dijadikan bahan bacaan, muzik-muzik Islam dari Indonesia juga bolehlah menggantikan musik-musik barat sebagai halwa telinga para remaja, selain itu, penerbitan filem-filem seperti Sang Murabbi, Kiamat Sudah Dekat dan pelbagai lagi seleksi dokumentari bolehlah dijadikan titik tolak untuk menghasilkan lebih banyak karya yang seumpanya. Boleh disimpulkan disini bahwa perkembangan media-media Islam berbanding sepuluh tahun lepas adalah membanggakan, lebih berkualiti dan lebih meluas cuma jika ditingkatkan kuantitinya maka adalah lebih baik.

Menanamkan kefahaman Islam yang syumul secara kaffah merupakan faktor yang sangat-sangat penting. Institusi keluarga yang gagal mendidik dan kurangnya kefahaman Islam dalam hati remaja zaman ini boleh diatasi dengan teknik “Rumah Arqam bin Abi Al-Arqam”. Institusi usrah dan tarbiyyah perlu diperkasakan dan penggerak-penggeraknya perlulah lebih aktif mempromosikan cara ini. Hal ini adalah kerana, dengan method inilah Rasulullah s.a.w dahulunya mendidik para sahabat yang akhirnya mempunyai satu keimanan yang mantap, ketaqwaan yang mendalam dan hamasah yang berapi-api. Tambahan pula menyibukkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti usrah secara automatiknya akan memisahkan mereka dari perkara yang sia-sia; usrah, mukhayyam, mabid, khatibah daurah, tamrin mungkin berkesan dalam menggantikan perkara-perkara lagho yang menghantui mereka selama ini.

Jadi, penggiat atau aktivis dakwah perlulah lebih aktif dan cergas dalam mempromosikan method ini agar kebaikannya dapat tersemat dan menyelamatkan sekian generasi muda yang kian lama kian karam dibuai arus jahiliyyah. Ayuh! Ya Ayyuhal Mudathir, kum fa’anzir!
WaAllahua’lam…