Coretan Majlis Reunion (Tautan Kasih) Ambang Ramadhan 2012





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualakum Wrbt. & Salam Perjuangan

Alhamdulillah, Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, tanpa ilham dan bantuan darinya tiadalah program atau terbantutlah program ini. Diruang ini berpeluanglah saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Drs. Saiful Bahrin (Adun Selising), YB. Drs. Nik Mazian (Adun Gaal) dan Che Lah (Tuan Jamilah) atas sumbangan dana untuk menjayakan program, Juga Ibubapa saya, adik-beradik saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya yang turut menyumbangkan waktu, tenaga dan sedikit wang untuk melihat program ini terlaksana tak lupa juga pada Kesatuan Anak Muda Insaf yang turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam penganjuran program.

Tujuan program ini tidak lain tidak bukan untuk menghubungkan kembali talian persaudaraan yang telah lama 'hilang punca'. Perancangan program secara mengejut membuatkan saya sedikit kelam kabut, Alhamdulillah dengan bantuan beberapa sahabat dapatlah mengurangkan kekalutan.  Dari selasa hinggalah pagi khamis, saya dan sahabat tidak henti-henti mencari sumbangan dana dari Kenamaan hinggalah Yang Berhormat. Keletihan kami terbalas dengan berjayanya program ini.

Laungan syukur berdesing di gegendang telinga. Tepat Jam 4.00 petang, ruang tamu dibuka, tempat santapan telah pun tersedia, kerusi tersusun rapi cuma 'manusia' belum lagi kelihatan. Kerunsingan datang, namun terubat dengan deruman enjin motosikal. Alhamdulillah, mereka dah sampai, masing-masing bersalaman. Kerinduan kini sudah terubat.

Gembira melihat sahabat-sahabat beratur panjang untuk mengambil wudu', dengan telatah mereka yang begitu mengusik jiwa. Perasaan sebak datang apabila melihat ramai-ramai mengerjakan solat asar berjemaah berimamkan ustaz jemputan. Jarang sekali melihat keadaan ini, andailah kenangan ini dapat diputarkan secara nyata, amat menggembirakan saya.Usai solat asar, kuliah petang diperdengarkan. Gelak ketawa mereka kedengaran apabila pengkuliah mengusik kalbu mereka. Begitu girangnya mereka. Walaupun saya keletihan, dari selasa tidak dapat tidur memikirkan dana untuk kelancaran program. Saya gagahi untuk memesrai mereka. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan kepada saya.

Gempikan doa wehdah membuatkan suhu badan naik mendadak. Semangat kami dibakar! Terbayang wajah-wajah Jundullah di Medan Jihad PALESTIN! SYRIA! RUSIA! dan MNYANMAR!. Selesai wehdah, kami bersalaman serta berpelukan. Kasih sayang kembali bertaut, ucapan maaf diluah bertalu-talu bagaikan gendang dipalu. Begitu asyik suasana begini.

 Mereka menjamu selera, berselera sekali! walaupun asal cadangan menu adalah nasi hujan panas, namun terpaksa diubah oleh kerana kekurangan dana, Walauapapun, program tetap diteruskan. Selesai Geng BoboiBoy menyantap. Tiba Giliran Geng Yaya pula menjamu selera, entah bagaimana keadaannya. Tidak sempat menjenguk :) . Masing-masing tersenyum gembira dapat bergambar kenangan. Terima kasih semua! Kenangan ini tak akan dilupakan dari benak fikiran saya. InsyAllah. Demikianlah coretan dari saya.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK | MOGA SETIAP AMALAN DITERIMA OLEH ALLAH 







Allahumma Ballighna Ramadhan....Ameen Ya Rabbal Alamin