Penjelasan Isu Madrasah Salihiah Kanchut

Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!


2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.


3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.


6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?


9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

NASARUDDIN HASAN TANTAWI

Mengingati Assyahid Assyaikh Emad

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/392148_327404480622674_200895559940234_1240126_1883271800_n.jpg 

Kejatuhan Husni Mubarak disambut dgn teriakan gembira seluruh Mesir. Pemergian guru kami Assyahid Assyaikh Emad ditangisi seluruh dunia ilmu. Betapa besar bezanya Allah tunjukkan di dunia lagi. Husni Mubarak "diselamatkan" dari terus menzalimi. Syaikh Emad "diselamatkan" dengan dikurniakan anugerah Assyahid. Syaikh ditembak dari jarak dekat. Beliaulah yang mengeluarkan fatwa haram mengundi parti pendokong Mubarak. Pergilah engkau dgn tangisan kami di dunia, mudah-mudahan penduduk langit menyambutmu dengan kemeriahan. - Syed Abdul Kadir Aljoofre

SIFAT2 WANITA KOTA TARIM DI HADHRAMAUT

Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya. Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan. Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.
Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?

Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.

Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim. Indah nian gambaran para wanita dan lelaki di Kota Tarim. Allah... Sungguh indah bersama mu wahai Kekasih Hati, wahai Penghulu seluruh manusia. Berbahagialah mereka yang berada di jalanmu, yang sentiasa menghidupkan sunnahmu. Sallu ‘alaih.... Semoga Allah SWT menjaga penduduk di kota seribu ulama ini dan kurniakan juga keindahan pekerti seperti itu kepada para wanita dan lelaki muslim di seluruh dunia ini.

Sumber : Facebook

Al-Fatihah : ADUN Tendong

Innalillahi Wainna Ilaihirajiun.

Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi.

Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT.

Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba2Nya yang soleh.

By: TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat

Jom Pindah Sekolah!


(23/12/2011, 6.51 pm) Assalamulalaikum. alhamdulillah,selesai sudah debaran menanti keputusan PMR . Mendengar keluhan2 pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan. "ADUH!,KALAU AKU TAHU AKU SEKOLAH DEKAT 'SMKA'' . "TAHUN DEPAN AKU NAK PINDAH SEKOLAH,TAK PANDAI SEKOLAH SINI" . Keluhan demi keluhan didengari. Nasihat untuk sahabt sekalian, kenapa mesti menyalahkan takdir? kenapa mesti menyalahkan sekolah,kenapa tidak menyalahkan diri anda yang MALAS ? . Mungkin anda berpendapat dengan berpindah sekolah anda dapat berjaya disekolah baru? sekolah baru tidak menjanjikan kejayaan,tapi usaha baru menjanjikan kejayaan. Moga Allah membuka pintu hati kita semua. Fikirkanlah,jangan gopoh. mohon pada tuhan yang terbaik bagi kita, barakallahu fikum.

COUNTDOWN REUNION




Dalam Hati Siapa Tau!

 (23/12/2011 1:30 PM)  Assalamualaikum , alhamdulillah,target untuk upgrade blog hujung tahun ni tercapai jua. terima kasih kepada sahabat-sahabat yang masih setia berkunjung ke teratak peribadi ana. Hari ini sempat luangkan masa ke sekolah untuk dapatkan keputusan imtihan PMR ..... 


Firman Allah swt;
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ


Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan” (QS. Al-Qashash: 77).
ِ



gambar lama (bulan 5 2011)
Slip Keputusan 

kerani sekolah :)

jam 10.00 . sarapan di Are Tiq Restoran.

[PHOTO] The Best Memory 1432 Hijrah




Salah Faham Berkaitan "KAEDAH USUL FIQH” dan“KAEDAH FIQH

“Usul Fiqh” dan “Kaedah Fiqh @ Qawaid Fiqhiyyah” merupakan dua istilah yang sering kali kita dengar dan sering kali di salahgunakan oleh mereka yang tidak mahir di dalam disiplin ilmu syariah. Kedua-dua istilah ini nampak seolah-olah tiada perbezaan tetapi sebenarnya ia mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali.
Setiap kali adanya isu-isu yang menyentuh persoalan agama maka istilah-istilah seumpama inilah yang sering kali kedengaran di sana-sini, semuanya ingin membicarakan tentang persoalan tersebut walaupun sebenarnya mereka jahil dan tiada kelayakan untuk berbicara mengenainya (atau dinamakan ustaz mee celup oleh ust nik Abduh), masing-masing ingin menunjukkan bakat dalam mengemukakan hujah masing-masing walaupun mereka bukan ahlinya.

Yang terkini isu penggunaan kalimah Allah juga tidak kurang juga yang membicarakannya. Ada dari kalangan yang bukan aliran agama atau ustaz sanggup mencaci Majlis Agama kerana mengharamkannya.
Ada pula yang sanggup memperlekehkan kenyataan Dr Harun Din dan menggambarkan bahawa beliau hanya mengikut methodology usuluddin tanpa menitikberakan soal dakwah. Dan bermacam-macam suara lagi. Di sini saya tidaklah mahu mengutarakan pandangan berkaitan dengannya kerana merasakan ia sudah mencukupi.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah, kaedah “SADDUZ ZARAEI’ ” merupakan yang popular diperkatakan tetapi tidak kurang juga berlakunya kesilapan-kesilapan, Antara kesilapan yang sering didengar ialah:
  1. Mengatakan ianya merupakan satu “qawaid fiqhiyyah” (seperti dlm artikel Dr Dzulkifli dlm harakah) sedangkan ia merupakan satu sumber dalil di dalam perbahasan usul Fiqh.
  2. Menyebut “SADDUZ ZARAIE’ ” dengan “SYADDUZ ZARAIE’ ” (seperti dlm beberapa ceramah pimpinan). Sadduz Zaraie’ beerti menghalang perkara yang dibimbangi ia terjebak kepada perkara yang haram sedangkan “Syadduz zaraie beerti menarik kea rah perkara tersebut. Satu makna yang sangat berlawanan.
Mungkin ada orang mengatakan ini merupakan isu yang remeh tetapi sebenarnya ia merupakan satu kesalahan fakta yang perlu diperbetulkan. Memang itu yang sering dijawab apabila seseorang tokoh apabila diberikan komentar atau teguran. Amatlah kurang sekali mereka yang sanggup menerima teguran akibat kesilapan- kesilapannya. Jika inilah juga jawapannya saya bimbang merka termasuk dalam golongan yang takabbur dan tak mahu menerima kebenaran.
Di sini saya ingin menukilkan beberapa perbezaan antara “KAEDAH USUL FIQH” dan “KAEDAH FIQH @ QAWAID FIQHIYYAH:
  1. Kaedah Usul Fiqh adalah cara-cara untuk kita mengistinbat (mengeluarkan hokum) dari Nas-nas Al-Quran dan Sunnah, seperti Kaedah ” Setiap perintah menunjukkan wajib melainkan adanya Qarinah yang mengubahnya”, Sedangkan ” Kaedah Fiqh” adalah rumusan secara umum terhadap hokum-hukum yang telah dikeluarkan dari Nas-nas tersebut.
  2. Kaedah Usul Fiqh adalah satu kaedah yang kulliyyah (digunakan bagi setiap perbincangannya) tanpa adanya pengecualian sedangkan Kaedah Fiqh adalah kaedah yang aghlabiyyah (kebanyakan)
  3. Kaedah Usul Fiqh digunakan untuk mengeluarkan hokum, iaitu ia digunakan sebelum sesuatu hokum diputuskan sedangkan Kaedah Fiqh adalah rumusan terhadap hokum-hukum yang telah ada. (Usul fiqh sebelum adanya hokum tetapi kaedah fiqh setelah adanya hokum)
  4. Dan lain-lain.
Akhirnya saya ingin mengajak semua termasuklah diri ini supaya kita meletakkan diri kita ditempat yang sepatutnya, jika kita pakar ekonomi janganlah mempertikaikan ulama dan tak payahlah nak mengeluarkan pandangan berkaitan masalah-masalah agama yang memerlukan ahli yang pakar di dalamnya. Biarlah ulama berbincang sesama mereka, merekalah yang layak mengeluarkan pandangan walaupun berbeza sekalipun.
Zalimlah kita jika kita membicarakan apa yang tidak kita ketahui. Masing-masing Allah kurniakan kepakaran masing-masing, gunakanlah sebaik mungkin untuk Agamanya beramanahlah dengan ilmu tersebut. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila amanah diberikan bukan pada ahlinya tunggulah saat kehancuran”. Amanahkah kita jika kita meletakkan diri kita di tempat yang tidak sepatutnya???

Oleh: Khairul Azmi Ismail Al-Muqry

Pengertian dan ruang lingkup fiqh

Fiqh ertinya faham atau tahu. Menurut istilah yang digunakan para ahli Fiqh (fuqaha). Fiqh itu ialah ilmu yang menerangkan hukum-hukum syari’at Islam yang diambil dari dalil-dalilnya yang terperinci. Menurut Hasan Ahmad Al-Khatib: Fiqhul Islami ialah sekumpulan hukum syara’, yang sudah dibukukan dalam berbagai madzhab, baik dari madzhab yang empat atau dari madzhab lainnya, dan yang dinukilkan dari fatwa-fatwa sahabat thabi’in, dari fuqaha yang tujuh di Makkah, di Madinah, di Syam, di Mesir, di Iraq, di Bashrah dan sebagainya. Fuqaha yang tujuh itu ialah Sa’id Musayyab, Abu Bakar bin Abdurrahman, ‘Urwah bin Zubair, Sulaiman Yasar, Al-Qasim bin Muhammad, Charijah bin Zaid, dan Ubaidillah Abdillah.

Dilihat dari segi ilmu pengetahuan yangg berkembang dalam kalangan ulama Islam, fiqh itu ialah ilmu pengetahuan yang membicarakan/membahas/memuat hukum-hukum Islam yang bersumber bersumber pada Al-Qur’an, Sunnah dalil-dalil Syar’i yang lain; setelah diformulasikan oleh para ulama dengan mempergunakan kaedah-kaedah Ushul Fiqh. Dengan demikian bererti bahawa fiqh itu merupakan formulasi dari Al-Qur’an dan Sunnah yang berbentuk hukum amaliyah yang akan diamalkan oleh ummatnya. Hukum itu berbentuk amaliyah yang akan diamalkan oleh setiap mukallaf (Mukallaf ertinya orang yang sudah dibebani/diberi tanggungjawab melaksanakan ajaran syari’at Islam dengan tanda-tanda seperti baligh, berakal, sedar, sudah masuk Islam).
Hukum yang diatur dalam fiqh Islam itu terdiri dari hukum wajib, sunat, mubah, makruh dan haram; di samping itu ada pula dalam bentuk yang lain seperti sah, batal, benar, salah, berpahala, berdosa dan sebagainya.

Di samping hukum itu ditunjukan pula alat dan cara (melaksanakan suatu perbuatan dalam menempuh garis lintas hidup yang tak dapat dipastikan oleh manusia liku dan panjangnya. Sebagai makhluk sosial dan budaya manusia hidup memerlukan hubungan, baik hubungan dengan dirinya sendiri ataupun dengan sesuatu di luar dirinya. Ilmu fiqh membicarakan hubungan itu yang meliputi kedudukannya, hukumnya, caranya, alatnya dan sebagainya. Hubungan-hubungan itu ialah:

a.
Hubungan manusia dengan Allah, Tuhannya dan para Rasulullah;
b.
Hubungan manusia dengan dirinya sendiri;
c.
Hubungan manusia dengan keluarga dan tetangganya;
d.
Hubungan manusia dengan orang lain yang seagama dengan dia;
e.
Hubungan manusia dengan orang lain vang tidak seagama dengan dia;
f.
Hubungan manusia dengan makhluk hidup yang lain seperti binatang dan lainnya;
g.
Hubungan manusia dengan benda mati dan alam semesta;
h.
Hubungan manusia dengan masyarakat dan lingkungannya;
i.
Hubungan manusia dengan akal fikiran dan ilmu pengetahuan; dan
j.
Hubungan manusia dengan alam ghaib seperti syaitan, iblis, syurga, neraka, alam barzakh, yaumil hisab dan sebagainya.

Hubungan-hubungan ini dibicarakan dalam fiqh melalui topik-topik bab permasalahan yang mencakup hampir seluruh kegiatan hidup perseorangan, dan masyarakat, baik masyarakat kecil seperti sepasang suami-isteri (keluarga), mahupun masyarakat besar seperti negara dan hubungan internasional, sesuai dengan macam-macam hubungan tadi. Meskipun ada perbezaan pendapat para ulama dalam menyusun urutan pembahasaan dalam membicarakan topik-topik tersebut, namun mereka tidak berbeza dalam menjadikan Al-Qur’an, Sunnah dan Ijtihad sebagai sumber hukum. Walaupun dalam pengelompokan materi pembicaraan mereka berbeza, namun mereka sama-sama mengambil dari sumber yang sama.

Kerana rumusan fiqh itu berbentuk hukum hasil formulasi para ulama yang bersumber pada Al-Qur’an, Sunnah dan Ijtihad, maka urutan dan luas pembahasannya bermacam-macam. Setelah kegiatan ijtihad itu berkembang, muncullah imam-imam madzhab yang diikuti oleh murid-murid mereka pada mulanya, dan selanjutnya oleh para pendukung dan penganutnya. Di antara kegiatan para tokoh-tokoh aliran madzhab itu, terdapat kegiatan menerbitkan topik-topik (bab-bab) pembahasan fiqh. Menurut yang umum dikenal di kalangan ulama fiqh secara awam, topik (bab) pembahasan fiqh itu adalah empat, yang sering disebut Rubu’

-
Rubu’ ibadat;
-
Rubu’ muamalat;
-
Rubu’ munakahat; dan
-
Rubu’ jinayat. 

Ada lagi yang berpendapat tiga saja; iaitu: bab ibadah, bab mu’amalat, bab ‘uqubat. Menurut Prof. T.M. Hasbi Ashiddieqqi, bila kita perinci lebih lanjut, dapat dikembangkan menjadi 8 (delapan) topik (bab):

a. Ibadah
Dalam bab ini dibicarakan dan dibahas masalah masalah yang dapat dikelompokkan ke dalam kelompok persoalan berikut ini:
1.
Thaharah (bersuci);
2.
Ibadah (sembahyang);
3.
Shiyam (puasa);
4.
Zakat;
5.
Zakat Fithrah;
6.
Haji;
7.
Janazah (penyelenggaraan jenazah);
8.
Jihad (perjuangan);
9.
Nadzar;
10.
Udhiyah (kurban);
11.
Zabihah (penyembelihan);
12.
Shayid (perburuan);
13.
‘Aqiqah;
14.
Makanan dan minuman.

b. Ahwalusy Syakhshiyyah
Dalam bab ini dibicarakan dan dibahas masalah-masalah yang dapat dikelompokkan ke dalam kelompok persoalan peribadi (perorangan), kekeluargaan, harta warisan, yang meliputi persoalan:
1.
Nikah;
2.
Khithbah (melamar);
3.
Mu’asyarah (bergaul);
4.
Nafaqah;
5.
Talaq;
6.
Khulu’;
7.
Fasakh;
8.
Li’an;
9.
Zhihar;
10.
Ila’;
11.
‘Iddah;
12.
Rujuk;
13.
Radha’ah;
14.
Hadhanah;
15.
Wasiat;
16.
Warisan;
17.
Hajru; dan
18.
Perwalian.

c. Muamalah Madaniyah
Biasanya disebut muamalah saja. Dalam bab ini dibicarakan dan dibahas masalah-masalah yang dikelompokkan ke dalam kelompok persoalan harta kekayaan, harta milik, harta keperluan, cara mendapatkan dan menggunakan, yang meliputi masalah:
1.
Buyu’ (jual-beli);
2.
Khiyar;
3.
Riba (renten);
4.
Sewa-menyewa;
5.
Hutang-piutang;
6.
Gadai;
7.
Syuf’ah;
8.
Tasharruf;
9.
Salam (pesanan);
10.
Jaminan (borg);
11.
Mudharabah dan Muzara’ah;
12.
Pinjam-meminjam;
13.
Hiwalah;
14.
Syarikah;
15.
Wadi’ah;
16.
Luqathah;
17.
Ghasab;
18.
Qismah;
19.
Hibah dan Hadiyah;
20.
Kafalah;
21.
Waqaf*;
22.
Perwalian;
23.
Kitabah; dan
24.
Tadbir.
*Dari segi niat dan manfaat, waqaf ini kadang-kadang dimasukkan dalam kelompok ibadah; tetapi dari segi barang/benda/harta dimasukkan ke dalam kelompok muamalah.

d. Muamalah Maliyah
Kadang-kadang disebut Baitul maal saja. Dalam bab ini dibicarakan dan dibahas masalah-masalah yang dapat dikelompokkan ke dalam kelompok persoalan harta kekayaan milik bersama, baik masyarakat kecil atau besar seperti negara (perbendaharaan negara = baitul mal). Pembahasan di sini meliputi:
1.
Status milik bersama baitul mal;
2.
Sumber baitul mal;
3.
Cara pengelolaan baitul mal;
4.
Macam-macam kekayaan atau materi baitul mal;
5.
Objek dan cara penggunaan kekayaan baitul mal;
6.
Kepengurusan baitul maal; dan lain-lain. 

e. Jenayah dan ‘Uqubah (pelanggaran dan hukuman)
Biasanya dalam kitab-kitab fiqh ada yang menyebut jinayah saja. Dalam bab ini di bicarakan dan dibahas masalah-masalah yang dapat dikelompokkan ke dalam kelompok persoalan pelanggaran, kejahatan, pembalasan, denda, hukuman dan sebagainya. Pembahasan ini meliputi:
1.
Pelanggaran;
2.
Kejahatan;
3.
Qishash (pembalasan);
4.
Diyat (denda);
5.
Hukuman pelanggaran dan kejahatan;
6.
Hukum melukai/mencederai;
7.
Hukum pembunuhan;
8.
Hukum murtad;
9.
Hukum zina;
10.
Hukuman Qazaf;
11.
Hukuman pencuri;
12.
Hukuman perampok;
13.
Hukuman peminum arak;
14.
Ta’zir;
15.
Membela diri;
16.
Peperangan;
17.
Pemberontakan;
18.
Harta rampasan perang;
19.
Jizyah;
20.
Berlumba dan melontar.

f. Murafa’ah atau Mukhashamah
Dalam bab ini dibicarakan dan dibahas masalah-masalah yang dapat dikelompokkan ke dalam kelompok persoalan peradilan dan pengadilan. Pembahasan pada bab ini meliputi:
1.
Peradilan dan pendidikan;
2.
Hakim dan Qadi;
3.
Gugatan;
4.
Pembuktian dakwaan;
5.
Saksi;
6.
Sumpah dan lain-lain.

g. Ahkamud Dusturiyyah
Dalam bab ini dibicarakan dan dibahas masalah-masalah yang dapat dikelompokkan ke dalam kelompok persoalan ketatanegaraan. Pembahasan ini meliputi:
1.
Kepala negara dan Waliyul amri;
2.
Syarat menjadi kepala negara dan Waliyul amri;
3.
Hak dan kewajiban Waliyul amri;
4.
Hak dan kewajiban rakyat;
5.
Musyawarah dan demokrasi;
6.
Batas-batas toleransi dan persamaan; dan lain-lain

h. Ahkamud Dualiyah (hukum internasional)
Dalam bab ini dibicarakan dan dibahas masalah-masalah yang dapat dikelompokkan ke dalam kelompok masalah hubungan internasional. Pembicaraan pada bab ini meliputi:
1.
Hubungan antara negara, sama-sama Islam, atau Islam dan non-Islam, baik ketika damai atau dalam situasi perang;
2.
Ketentuan untuk orang dan damai;
3.
Penyerbuan;
4.
Masalah tawanan;
5.
Ufti, Pajak, rampasan;
6.
Perjanjian dan pernyataan bersama;
7.
Perlindungan;
8.
Ahlul ‘ahdi, ahluz zimmi, ahlul harb; dan
9.
Darul Islam, darul harb, darul mustakman.
Setelah memperhatikan begitu luasnya ruang lingkup pembahasan fiqh. dapatlah kita bayangkan seluas apa pula ruang lingkup pengajaran agama.
Sumber : www.nurulhidayah.com

Travelog Taubat : Monolog

(MONOLOG)
Rabu, 21 Disember 2011 . 10:49 Malam

Ya Allah..
Dikau Ar-Rahman…Dikau Ar-Rahim...
Masih Terbukakah Pintu Taubatku...
Masih Ada Waktukah Untuk Hambamu Ini...
Masihkah Ada Sisa Waktu Buatku Menebus Dosa...
Sebelum Aku Dijemput Pulang...
Mengenangkan Dosa-Dosa...
Aku buntu dan pasrah...
Kau Maalikiyaumiddin...
Terasa Kerdil Diri Di MayaMu...
Ampuni Aku Ya Allah...Terimalah Taubatku...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampum...

Tutorial AQ Online

Bimbingan al-Quran atau asas ( Qiraati dsb ) melalui internet bagi golongan yang tidak berkelapangan menghadiri kelas. Bersedia mengajar Iqra, Qiraati, al-Quran, dan Sanad al-Quran tanpa had umur dan tempat.



  • Harap maaf. Perkhidmatan ini ditunda buat sementara waktu.


Ofiice Hour (Sun-Thur): 8am-6pm
Rest : 12pm-2pm
Closed on Friday

Base on Kedah, Malaysia

Tel: 6013 4860805
Email: dehatyku@yahoo.com


Ruangan Ini Ditaja Oleh

Dikuasakan Oleh.

http://4.bp.blogspot.com/-sEivO7cPlj4/TtsS7QWVSPI/AAAAAAAABfw/5jycMF2ayoE/s320/Untitled-2.png

Perutusan Hijratur-Rasul 1433 Hijrah oleh Al-Mursyidul Am PAS



“Dan sesiapa yang berhijrah pada
jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka
bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang
keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala
hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”

Surah al-Nisa’ ayat 100
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.
Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka.

Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram.

Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut iadipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam.

Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak dipertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda.

Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT.

Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it’am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini.
Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.
 
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh : 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 1433H

Program Terkini

Program yang saya himpunkan adalah bertujuan memudahkan urusan mencari program yang baik untuk disertai. Sebarang maklumat tambahan, amat2 diharapkan.



  • KEM HIJRI 1433 – Daftar