Berlaku Adillah Sekalipun Pada Non Muslim

1. Islam adalah agama wahyu yang diutus oleh Allah swt. Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Mencipta sekelian alam. Antara sifat penting yang menjadi prinsip Islam ialah berlaku adil. Bukan sahaja adil semasa aman bahkan adil sewaktu perang. Bukan sahaja adil sesama penganut ajaran Islam tetapi adil juga kepada non muslim.

يَا أَيُّهَآ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ للَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىۤ أَلاَّ تَعْدِلُواْ ٱعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya :

Wahai orang – orang yang beriman, Jadilah kamu orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali – kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kau kerjakan.

Surah al Maaidah : 8

2. Adil ertinya berpaksi kepada kebenaran. Menegakkan keadilan ertinya menegakkan kebenaran. Sementara musuh kebenaran ialah pendustaan dan ia adalah satu kezaliman yang ditentang oleh syara’.

3. Sungguhpun Islam tidak pernah mengiktiraf tuhan – tuhan yang disembah selain Allah swt. oleh non muslim, namun Islam mempunyai sikap yang tegas dan jelas agar ummatnya tidak menghina dan mencerca tuhan yang mereka sembah.

Firman Alllah swt :

و لا تَسُبُّوا الذينَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Dan janganlah kamu cerca apa yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Asy Syaukani rhm berkata di dalam tafsirnya “ Fathul Qadir jilid 2 muka surat 149” bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru [pendakwah] kepada kebenaran dan pencegah kebathilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu bahkan wajib.

Prof. Wahbah az Zuhaili menjelas di dalam tafsirnya “al Munir jilid 7 muka surat 327” bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah – olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan RasulNya saw.

4. Jika mencerca tuhan yang mereka sembah selain Allah swt pun dilarang oleh Islam sedang  ia adalah perbuatan syirik dan kufur, kerana Islam mengambil maslahah agar Allah Tuhan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan tidak dicerca balas oleh mereka, maka demikianlah juga dalam perkara – perkara lain seperti mengatakan ugama mereka adalah ugama yang jahat, melakukan keganasan, melakukan perbuatan yang meruntuhkan moral dan sebagainya.

5. Saya dan kita semua yakin bahawa agama mereka salah menurut pandangan Islam. Tetapi kita tidak boleh memaksa mereka mengikut agama kita justeru Islam hanya boleh diterima dan dianut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tanpa sebarang paksaan. Sebab itulah, apabila seseorang menganut ajaran Islam, tiada lagi jalan keluar untuk mereka melainkan mereka terpaksa berdepan dengan undang – undang murtad kerana ia adalah satu penghinaan kepada ajaran Islam.

6. Membuat tuduhan apa jua bentuknya dan kepada siapa pun tuduhan tersebut, Islam mengajar kita mengemukakan bukti yang jelas. Inilah keindahan dan keadilan Islam. Ketika mengemukakan sokongan terbuka kepada JAIS dalam isu pemeriksaan yang dibuat oleh JAIS ke atas gereja baru – baru ini, saya telah gariskan 3 sikap yang jelas.

a ] saya dan rakan – rakan pemuda PAS tegas akan terus berjuang mempertahankan Aqidah ummah. Justeru itu, kami setuju dan sokong tindakan JAIS atas sifat ia adalah pihak berkuasa agama yang bertanggungjawab langsung menjaga aqidah ummat Islam. Sebaik menerima maklumat yang diyakini, JAIS mesti bertindak memeriksa atau menyiasat [bukan menyerbu], malah jika benar maklumat yang diterima, maka JAIS berkewajipan :

i.                     membuat dakwaan kepada pihak yang melakukan kesalahan memurtadkan ummat Islam dan

ii.                   menahan ummat Islam yang dimurtadkan atau yang cuba dimurtadkan untuk proses istitab [meminta mereka bertaubat dan kembali semula kepada Islam]

b ] ummat Islam amnya dan pihak berkuasa agama khasnya, mesti memelihara hak non muslim sebagaimana yang diajar oleh syariat Islam dan tidak sekali – kali kita dibenarkan mencabulnya, seperti menceroboh dan meruntuhkan rumah ibadat mereka. Lebih – lebih lagi mencabul dan meruntuhkan rumah ibadat ummat Islam [masjid \ surau] itu sendiri.

c  ]  sebagai seorang muslim pula memimpin sayap pergerakan Pemuda Islam seperti PAS di Malaysia, saya tegas mengingatkan semua pihak [samaada non muslim atau muslim] agar sekali – kali tidak melakukan perkara yang merosakkan aqidah, pemikiran dan akhlak ummat Islam kerana ia merosak dan meruntuhkan peradaban ummat Islam.

7. Ertinya kita mempunyai sikap yang jelas dan tegas bahawa kita wajib mempertahankan aqidah ummah dalam apa jua keadaan, sekalipun darah dan nyawa ini menjadi taruhan. Namun dalam masa yang sama kita mesti berlaku adil terhadap pihak lain termasuk non muslim. Kita hanya memerangi mereka yang memerangi Islam seperti golongan yang cuba untuk merosakkan aqidah ummat Islam dan memalingkan mereka dari agama Islam.

8. Sungguhpun begitu, sebelum kita membuat sebarang tuduhan atau dakwaan kepada mana – mana pihak di atas apa jua bentuk tuduhan, bukti atau baiyyinah adalah diperlukan. Inilah kebenaran yang diperjuangkan oleh Islam. Malah disinilah terletaknya keadilan Islam.

9. Kita juga tidak boleh menghukum tindakan individu atau satu – satu golongan ke atas umum. Sebagaimana kita tidak boleh menghukum bahawa Islam agama yang ganas semata – mata segelintir ummat Islam merancang dan melakukannya. Kita tidak boleh menghukum Islam agama yang menggalakkan penzinaan sekalipun statistik menunjukkan ramai ummat Islam di dalam negara kita terjebak dalam seks bebas dan buang bayi. Jika kita tidak boleh mengambil kaedah sedemikian ke atas agama kita, maka kaedah itu juga tidak boleh kita gunakan secara rawak atau rambang ke atas agama lain.

10. Isunya di sini ialah kita mesti berlaku adil dalam tindakan. Jika ada tuduhan atau dakwaan, mestilah ada bukti yang jelas, bukan tuduhan yang hanya berasaskan rasa marah, benci dan emosi. Apabila jelas bukti maka hendaklah pihak berkenaan membuat dakwaan rasmi agar kemungkaran dan kemaksiatan dapat dibasmi.

British buang negeri Sultan Perak


Ini adalah batu peringatan di mana Dato' Maharajalela, orang Besar negeri Perak yang mengarahkan pembunuhan JWW Birch, Resident British yang pernah menjajah negari Perak. Klik gambar utk besarkan.

Mengikut sejarah, Birch telah dibunuh, pada 2 Nov 1875 oleh si Puntum seorang orang asli dan beberapa pahlawan Melayu di Pasir Salak.

Satu kenyataan sejarah yang dibiarkan berlalu begitu sahaja.Tetapi bagi saya, ia menimbulkan satu pertanyaan : Kenapa si Puntum? Penjajahan British tiada kena mengena dengan kehidupan seharian Orang Asli di hutan! Bukankah ramai lagi pahlawan Melayu ketika itu? Mana mungkin Si Puntum lebih berani ke hadapan daripada mana-mana pahlawan Melayu ketika itu.

Mungkinkah kerana terlalu takut kepada penjajah , atau ada komplot tertentu untuk melepaskan tengkuk masing-masing, maka si Puntum dijadikan kambing Hitam. Agak menyedihkan, Si Puntum hingga kini tidak pernah diselidikki susur galur keturunannya. Jauh sekali untuk mengangkatnya sebagai ‘hero’ kerana membunuh Birch.

Si Puntum didapati bersalah sama seperti mana dua orang PTK yang didapati bersalah membunuh Altantuya.Mereka membunuh tanpa motif tertentu.Cumanya dalam kes Altantuya, orang yang mengarahkan pembunuhan itu terlepas...buat masa ini.

Sejarah pembunuhan Birch merakamkan betapa majoriti daripada orang-orang Melayu Perak sekadar berdiam diri sahaja. Segolongan daripada Raja-Raja Melayu Perak dan para pengikut mereka menyokong British dan menentang Sultan Abdullah dan Datuk Seri Maharaja Lela dan para pembesar yang bangun menentang British.Kalau benar si Puntum yang membunuh Birch, kenapa nama Maharajalela naik dijulang?

Walaupun ramai orang Melayu hari ini mengangkat nama Dato’ Maharajalela sebagai pejuang bangsa, namun mereka tidak pernah berani mencerca penjajah yang menggantungnya hingga mati. Malah orang Melayu Perak tidak pernah berani mencerca penjajah yang telah membuang negeri Sultan mereka ketika itu, Sultan Abdullah ke Seychelles.

Rupa-rupanya, selepas lebih 50 tahun merdeka ini, masih ramai lagi orang Melayu beperangai macam itu, gemar menjilat penjajah dan mereka amat benci kepada orang macam Mat Sabu!

Mat Sabu hanya menyingkap sejarah perjuangan bangsa yang berlainan dari apa yang Umno putar belitkan.Dia hanya cakap seperti dalam video ini : 


Iklan Baris

Assalamualaikum,Bismillah,selamat datang. Ruang iklan  baru sahaja diwujudkan diatas permintaan beberapa pengunjung . Dibawah adalah maklumat berkaitan iklan tersebut.
CAJ YANG DIKENAKAN : PERCUMA 
Merujuk kepada ruang iklan yang ditetapkan,iklan A dan Iklan B
Ruang iklan A berada dibawah posting dan ruang iklan B adalah iklan artikel. 

perkhidmatan tambahan:
setiap iklan yang dilampirkan akan diberikan sebuah ruang posting didalam blog ini. Anda berhak meletakkan apa sahaja lampiran mengenai iklan anda selagimana tidak mengandungi unsur negatif.


syarat-syarat:

  1. Hanya iklan produk/projek berunsur positif sahaja yang dibenarkan.
  2. Tidak melebihi 50patah perkataan.(Iklan B)
  3. Gambar berukuran 100px X 100px (Iklan A)
  4. Tidak mengandungi unsur18sx, dan unsur penipuan.

sebarang pertanyaan berhubung iklan di AlIlmi™, sila lampirkan email ke muaz5amelor@gmail.com

BERMINAT?

  •  Maklumkan kepada saya melalui form dibawah dengan menghantar email bertajuk, derma iklan beserta nama, no tel dan butiran yang ingin diletakkan didalam iklan tersebut



Nama *


Email *


Subjek *


Mesej *



Image Verification

captcha

Please enter the text from the image:

[Refresh Image] [What's This?]

Blogger template designer

Bismillah..
assalamualaikum semua...dah lama saya x aktif dalam me-reka2 blog dan mengacau-bilaukan template website. Hampir setahun..eh..setahun macam sekejap je bunyinya tp rasa mcm dah lama pulak. xkisah lah..lama atau sekejap..yang penting sekarang saya nak bukak semula servis tersebut..iaitu servis mencipta, menyusun dan mengolah tempates.

Kat iklan tu tulis web design kan? jangan pedulikan iklan tu sgt sbb gambar tu amek kat dalam tenet je.. sekadar nak sampaikan maklumat.

so..apa yg saya boleh buat adalah :

1. buat blog dengan idea sendiri
2. buat blog dengan skema dan panduan design pemilik
3. mengolah blog dari sistem website
( kecuali template flash )

4. mengolah sistem website kepada blog
( risiko sharelink hanya kepada pemilik )

5. membantu menyelenggara blog bisness
( seminggu sekali )



okes. Tengok pada senarai tu ada beberapa benda yg perlu dijelaskan. Bawah ni saya jelaskan serba sedikit berpandukan perkara yang tersenarai diatas mengikut urutan. (kalau x faham tanya ye)


1. buat blog dengan idea sendiri
Saya akan mencipta rekabentuk template dengan menggunakan idea saya seratus peratus tanpa ada anasir luar atau idea luar.

Setelah siap mencipta template tersebut, saya akan mempersembahkan kepada bakal pemilik. Sekiranya berminat, pemilik perlu menerima apa sahaja template yang sy buat dengan hati terbuka dan sejahtera.

Setiap template yang berjaya dihasilkan berharga RM 10.00 sahaja untuk blog kosong dan RM30.00 sahaja untuk blog yang mempunyai java dan sistem website. Linkshare sistem dibawah risiko pemilik.


2. buat blog dengan skema dan panduan design pemilik

yang ini pulak saya hanya akan mencipta template mengikut kriteria dan selera pemilik. Disebabkan cara ini agak memakan masa dan perlukan lebih banyak tumpuan, setiap pemilik yang berhasrat mencipta blog mereka perlulah melakarkan sebuah lakaran blog mereka ataupun sekurang-kurangnya men'detail'kan secara 'detail' kepada saya 'detail' template tersebut. Dalam kata lain berbincang dengan saya.

Disebabkan sebab yang diatas tadi, kaedah ini memakan masa dan merumitkan sedikit, maka setiap template sedia lakar yang berjaya dihasilkan berharga RM 40.00 sahaja untuk blog kosong dan RM70.00 sahaja untuk blog yang mempunyai java dan sistem website. Linkshare sistem dibawah risiko pemilik.


3. mengolah blog dari sistem website ( kecuali template flash )

Ataupun pemilik sudah mempunyai contoh template yang diinginkan tetapi template tersebut bukan template blogspot. Pemilik boleh menunjukkan kepada saya untuk saya hitung timbang samada sy mampu untuk mengacau-bilaukan template tersebut atau tidak.

Sekiranya saya tidak mampu, pemilik boleh memutuskan perkhidmatan saya serta-merta tanpa bayaran ataupun mencari template alternatif sehingga menemui sebuah template yang mampu saya olah.

kaedah ini serupa seperti diatas iai setiap template sedia lakar yang berjaya dihasilkan berharga RM 70.00 sahaja untuk blog kosong dan RM150.00 sahaja untuk blog yang mempunyai java dan sistem website. Linkshare sistem dibawah risiko pemilik.


4. mengolah sistem website kepada blog ( risiko sharelink hanya kepada pemilik )

Mengolah sistem website bermaksud sekiranya pemilik meminati satu sistem website yang tidak boleh digunapakai didalam blogspot dan berhasrat untuk menggunakannya, saya boleh membantu.

Akan tetapi tidak semua sistem berjaya dihasilkan. Oleh yang demikian, setiap kerja yang berjaya dihasilkan sangat mementingkan kesabaran dan kerjasama yang penuh daripada saya dan pemilik.

Perkhidmatan ini agak sukar bagi saya maka dengan itu setiap sistem yang berjaya diolah berharga RM 30.00 hingga RM 50.00 sahaja untuk sistem ringkas dan RM70.00 hingga RM109.00 sahaja untuk sistem yang rumit. Linkshare sistem dibawah risiko pemilik.


5. membantu menyelenggara blog bisness ( seminggu sekali )
Okes. Yang terakhir adalah perkhidmatan menyelenggara blog bisnes. Rata-rata peniaga internet ada yang tidak mempunyai masa untuk menusun data dan dokumen, mengemaskini stok dan sebagainya disebabkan pelbagai faktor dikehidupan offline mereka.

Oleh yang demikian, saya menerima upah untuk menyelenggara blog anda dalam seminggu sekali sahaja dengan bayaran RM20.00 satu sesi. Sekiranya pemilik berpuas hati dengan kerja saya, pemilik boleh mengikat kontrak dengan saya dalam ikatan tempoh kemaskini setiap hari sekali dengan bayaran RM 300 sebulan.


Semoga perkhidmatan ini membantu anda dan memuaskan hati semua. Terima kasih.

Keutamaan Ilmu ke atas Imu(Fikh Aulawiyat).





Di sini Imam membincangkan satu qaedah yang sangat penting iaitu seseorang perlu mendalami ilmu agar dia dapat mempraktikan amalan dengan tepat. Berapa ramai orang yang beramal tanpa ilmu akhirnya merosakkan diri dia. Berkata Imam Hasan Al Basri “ Belajarlah jangan sampai merosakan ibadat, beramalah jangan sampai merosakan ilmu”.
Kalau kita melihat dari sudut remaja yang kekurangan ilmu,banyak pemyakit yang menimpa mereka,contohnya banyak dan mengeluarkan fatwa yang berbahya di mana mereka bukan golongan yang layak member fatwa,menfasik dan mengkafirkan orang, kasar ketika berdakwah dan sebagainya. Kita tahu mereka ini golongan yang yang ikhlas tetapi mereka ini kekurangan ilmu yang menyebabkan mereka menjadi extrem dan pelampau,sekiranya mereka bersabar dalam menuntut ilmu dan bercakap sekadar mana yang perlu dan ilmu yang ada tanpa ada sikap melulu pasti mereka tidak menjadi extrem.

Imam Qaradawi member satu jawapan terhadap punca pelampauan remaja muslim ialah mereka tidak duduk belajar dengan ulama yang jujur dan hanya membaca buku sendiri,mereka membaca dan memahami isi kandungan dengan akal mereka itu.
Sebab itulah para pendakwah perlu melengkap ilmu dengan sebanyak mungkin agar mampu menyampaikan Islam dengan baik dan tepat. Kalau inginkan secara detail ilmu- ilmu yang perlu dipelajari oleh pendakwah bacalah kita Imam yang bertajuk “ thaqafah daiyah”.

Ilmu Sebagai Syarat Kepimpinan>
Di dalam meletakkan diri sebagai pemimpin,perlulah sesorang itu membekal diri dengan ilmu agar dia dapat menjadi pemimpin yang adil. Ilmu yang berkaitan dengan bidang kepimpinan yang dia sandang. Ilmu inilah yang akan memeliharanya daripada kesesatan dan kesalahan ketika dia memimpin.
Malangnya ramai pemimpin yang kita lihat kurang ilmu yang patut ada,hanya gah pada pakaian dan gaya ceramah. Tetapi mempunyai akal yang pendek lidah yang panjang.(Renungan fikh aulawiyat).sentuhan Ustaz Fauwaz fadzil........

Ulama Syariat Pemandu Umat



Di dalam memikirkan terhadap siapakah tunjang utama di dalam memandu umat kita kepada kebaikan dunia akhirat. Tidak syak lagi ulama Islamlah yang menjadi nadi utama kepada penggerak masyarakat. Ulama yang mengetahui syariat yang mendalam dan mengetahui selok belok dunia agar tidak ketinggalan dalam membawa Islam sesuai disepanjang zaman dan tempat,merekalah pengerak umat.
Saya merenung lama terhadap perkara ini, bidang-bidang lain seperti kedoktoran,kejuruteraan,perakaunan dan sebagainya kos-kos ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah umat secara syumul dan lengkap tanpa memperkecilkan kos-kos tersebut yang mempunyai peranan besar di dalam membangunkan umat dan membantu agama Islam diterima oleh semua orang.

Tetapi di sana perlu di sana penggerak utama kepada umat,penggerak kepada hati,wawasan,semangat, gerakan dan seumpama dengannya yang dan perkara ini hanya boleh digerakkan oleh golongan yang mendalami syariah al-quraan dan sunnah sohih sebab ia adalah punca kepada kekuatan Umat islam. Pada pendapat saya,umat ini akan kembali kepada asalnya apabila meletakkan peranan ulama yang amilin dan moderat kepada tempat asalnya. Ulama yang membawa kepada akhirat dan tidak melupakan tanggungjawab terhadap dunia.





Saya katakana begini,berdasarkan pengamatan yang saya lakukan, tanpa merendahkan ulama-ulama bidang lain yang mempunyai peranan besar di dalam memajukan umat,Cuma kitakan ulama syarie ini adalah seperti garam di dalam makanan yang menyedapkan makanan tersebut. Berkata penyair:

Wahai ulama,garam kepada umat.
Tidak akan sedap makanan apabila garam rosak.


Maknanya, apabila ulama tidak memainkan peranan mereka dan tidak membawa manusia kepada Allah,maka akan rosaklah umat ini. Ayuh pelajar-pelajar ilmu syarie.perkuatkan semangat mendalami ilmu agama tanpa melupakan ilmu-ilmu dunia, kita mempunyai peranan yang besar didalam menggerakan umat,kita adalah nadi utama umat ini,kilaukan permata kita,setiap dari kita mempunyai permata yang tersendiri. Umat ini perlu kepada golongan menghidupkan akal dan hati ,tidak syak lagi ahli syariat dan dakwah lah yang mampu menggerakkan tugas ini.

Renungan Kata -Kata Ulama Berkata Imam Syafie.




من تعلم القران عظمت قيمته، ومن نظر في الفقه نبل قدره، ومن تعلم اللغة رق طبعه، ومن تعلم الحساب جزل رأيه،ومن كتب الحديث قويت حجته، ومن لم يصن نفسه لم ينفعه علمه.
Terjemahan: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan nilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.




Berkata sebahagian ulama.

العلم رفيع المقام،شديد المرام، بطيء اللزام، لا يرى في المنام، ولا يورث عن الاباء والأعمام،فإنه شجرة تغرس في النفس، وتسقى بالدرس،ويحتاج طالبه إلى زيادة تعب وإدامة سهر، أفيظن من يقطع نهاره بالجمع وليله بالجماع أن يخرج بذالك فقيها؟ هيهات هيهات.
Terjemahan: Ilmu itu tinggi kedudukanya,satu matlamat yang cukup mencabar untuk mendapatkannya,memakan masa dan perlahan di dalam mencapainya, tidak boleh dilihat di dalam mimpi,tidak boleh diwarisi daripada ayah-ayah atau bapa-bapa saudara, ilmu adalah ibarat pokok yang perlu di tanam di dalam jiwa,disirami dengan mempelajarinya, penuntut ilmu berhajat kepada curahan tenaga yang lebih dan berjaga malam, apakah sesorang yang diwaktu siang dia berlepak-lepak dan di waktu malam dia bergaul atau berseronok dengan isteri dia menyangka dia akan menjadi faqih atau alim yang besar? Amat jauh sekali,amat jauh sekali.

Cinta Syawal

Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya….

Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:
“Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.

Guru itupun berkata: “ Itulah makna Cinta ”.


Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.

Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.

Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna Perkahwinan ”.

Begitu banyak pilihan didepan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.




Disakitkan-NYA kite sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-NYA, disusahkan sedikit agar insaf namun segera di senangkan semula, itulah belaian-NYA.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-NYA.Dipangil-pangil kepada-NYA, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambanya, tapi si hamba tidak peduli langsung!!

Salam Eid' Mubarak



Saya mengucapkan Selamat hari raya kepada semua sahabat-sahabat blogger dan para pengunjung laman blog ini.Maaf zahir dan batin dari saya.Marilah bersama mengkumandangkan kebesaran Allah Subhanahu Wa-ta'ala melalui klip video berikut:



RAMADHAN MEMBERKATI KEDAH - Ustaz Nik Abduh

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah di atas kesungguhan dan kesepakatan mereka untuk terus melangkah ke depan di dalam melaksanakan kewajiban mereka sebagai pemerintah yang dipilih dan diberi amanah oleh rakyat Kedah untuk memimpin dan memastikan kehidupan rakyatnya ke arah yang lebih sejahtera dan diberkati Allah. Minggu lepas, kerajaan negeri Kedah mengumumkan satu langkah ‘bersih’ untuk memberi ‘sengat’ kepada kehadiran bulan Ramadhan yang telah termaktub kemuliaan, keberkatan dan kebersihannya di atas langit semenjak lama dulu dan mula diwartakan selepas kedatangan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam sebagai utusan Allah yang terakhir.

Kerajaan negeri mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi di sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Saya yakin semua umat Islam menyambutnya dengan baik, malah patut diiri hati oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain kecuali kerajaan negeri Kelantan yang telah pun mendahului semenjak dulu lagi dan semestinya merasa bangga dengan tindakan positif kerajaan negeri Kedah yang secara tidak langsung mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan itu.

Tidak banyak yang kita dengar daripada kerajaan baru di bawah pentadbiran PAS ini yang berkait penguatkuasaan yang bersifat larangan dan pencegahan. Ia berbeza dengan negeri Kelantan di awal pemerintahannya dulu yang dilihat lebih rancak dan tegas melakukan perubahan demi perubahan ke arah pentadbiran Islam yang lebih jelas dan baik. Keadaan ini menyebabkan sesetengah pihak yang begitu bersemangat ingin melihat negeri Kedah melaksanakan Islam mudah mengkritik kerajaan Kedah yang dilihat lemah, takut dan teragak-agak.

Apabila saya ditanya, saya selalunya akan mendengar dulu dengan baik kritikan tersebut, kemudian saya akan cuba menjawab melalui penjelasan berkaitan kaedah-kaedah umum dakwah Islamiah dan siasah syar’ieyah yang menjadi pemandu kepada perlaksanaan hukum-hukum Islam dan pengajarannya. Saya akan menyokong tindakan-tindakan kerajaan Kedah yang walaupun perlahan tetapi agak berbekas kesan dan tindak balas orang ramai terhadapnya. Perihal butir-butir perinciannya, saya serahkan kepada penanya itu merujuk dan mendapatkannya sendiri. Saya tidak rajin untuk mengetahui secara detail semua perkara kecuali berkaitan Kelantan. Itu lainlah sebab saya mudah saja memperolehi maklumatnya. Saya dok di Kelate.

Biasanya, saya akan menyentuh mengenai konsep tadarruj atau berperingkat-peringkat di dalam perlaksanaan peraturan dan bezanya dengan pendekatan ‘tadarruj palsu umno’.

Berkaitan penguatkuasaan larangan ke atas beberapa hiburan terlarang di bulan Ramadhan tersebut, beberapa persoalan timbul. Antaranya, mengapa lambat? mengapa baru sekarang sedangkan PAS telah 3 tahun mentadbir Kedah? Mengapa penguatkuasaan di bulan Ramadhan sahaja? Tidakkah larangan agama itu adalah sepanjang masa dan itulah yang dilakukan di Kelantan? Kemudian, bagaimana hak-hak non muslim di negeri tersebut? Tidakkah perlaksanaan Islam itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati mereka apabila ia turut mengganggu kebiasaan mereka terutamanya?

Ya, persoalan seperti ini akan segera timbul. Itulah sifat islah, pembaikan dan ujiannya. Lihat, tidakkah enakmen hiburan tersebut telah diluluskan di zaman BN? Mengapa mereka tidak melaksanakannya sedangkan apabila mereka telah meluluskannya, sudah tentu ianya satu keperluan yang perlu dilaksanakan.

Jawabannya adalah keberanian melaksanakan apa yang dituntut oleh ugama. BN yang diketuai Umno tidak bersedia menghadapi risiko ditolak oleh rakyat yang menyokong mereka. Mereka mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan ugama mereka sendiri. Apabila PAS memulakannya, maka tempoh 3 tahun bukanlah satu kelewatan, tetapi ianya adalah perjalanan yang sederhana dan benar secara syar’ie. Apatah ianya tetap dilaksanakan ketika ramai melihat PAS tidak akan melakukannya di atas sebab yang sama sebagaimana Umno dulu. Anggapan itu ternyata salah.

Mengapa Ramadhan sahaja? Saya yakin ia satu proses ke arah memahamkan masyarakat Islam yang telah lama diulik pembohongan Umno sehingga mereka gagal menilai di antara perlaksanaan politik Islam yang benar dan yang palsu. Ia bukan soal non Islam, bahkan umat Islam sendiri. Tempoh kemenangan di Kedah yang baru memerlukan ahli politik Islam meletakkan kefahaman rakyat di tempat yang pertama. Rakyat perlu kenal Islam, kemudian PAS sendiri setelah mereka agak asing dengan Islam yang sebenar sepanjang di bawah Umno dan BN.

Ramadhan adalah bulan mulia dan sungguh dimuliakan oleh umat Islam seluruhnya tanpa mengira perbezaan faham politik dan sebagainya. Ia adalah madrasah untuk yang tua, apatah yang muda. Memulakan sesuatu yang baik di bulan ini akan menggamit rasa cinta dan sayang umat kepada Islam. Justeru larangan hiburan melampau untuk umat Islam di premis perniagaan adalah tepat. Saya yakin kesannya adalah begitu meyakinkan untuk kefahaman umat Islam yang sedang dirawat dan diislahkan jiwa mereka.

Adakah ia akan berhenti setakat di bulan Ramadhan sahaja? Saya kata, tidak. Bila pula akan dilaksanakan sepanjang masa? Orang Kedah tak akan lebih tahu perihal Kelantan. Begitulah sebaliknya. Kuasa akal adalah untuk perlaksanaan dakwah Islamiyah yang lebih berhikmah menuju redha Allah.

Ada kekecohan telah berlaku di awal pengumuman perlaksanaan enakmen tersebut di kalangan non muslim. Ia mencetuskan riak politik yang kurang enak apatah orang-orang Islam sendiri mengambil kesempatan untuk memperlekehkan usaha  PAS tersebut. PAS yang bertindak berani itu dikatakan tunduk hina pula kepada DAP. Umno yang tak pernah berani untuk Islam pula bertukar jadi hero untuk Islam. Cukup  pelik! Tetapi politik kotor begitulah..

Seperti yang saya ulangkan kepada kawan-kawan, saya yakin kekalutan akan berakhir. Ia proses pemahaman, bukan penjahilan dan pemaksaan ke atas non muslim. Islam memaksa umat Islam kerana itulah syahadah mereka untuk menerima Allah sebagai tuhan mereka. Adapun non muslim, bagaimana pemaksaan boleh berlaku ke atas mereka? Rakyat Malaysia seluruhnya hanya boleh dipaksa oleh suara majoriti rakyatnya. Suara majoriti itulah yang menggerakkan undang-undang negara. Hari ini Islam tidak mendapat suara itu..

Apapun, Islam sifatnya mendidik dalam semua pengajaran dan isinya. Ia membina manusia ke arah mencapai, atau setidak-tidaknya mengagungkan prinsip, sikap, akhlak dan cara hidup yang mulia. Harapan kita, seiring umat Islam, non muslim juga akan dapat diyakinkan dengan kelebihan Islam sebagai penyelesaian terbaik untuk kehidupan lebih baik di Malaysia. - TARBAWI